Sunday, October 16, 2011

55.pilihanraya


agaknya pilihanraya dah dekat...ini berdasarkan bajet 2012..gaji penjawat awam akan dinaikkan sementara itu orang ramai yang berkelayakan akan mendapat rm500..kalau inflasi semakin naik maka semua itu tak bermakna apa-apa pun..

siapa yang belum berdaftar mengundi tu...daftarlah cepat-cepat...masa depan negara ditentukan oleh kita sendiri...

Saturday, February 5, 2011

54.E=mc²




E=mc² formula ini paling terkenal..ia dicipta oleh einstein pada tahun 1905...walaupun formula ini ringkas tapi ia merangkumi banyak perkara antaranya bagaimana alam ni tercipta,relatif,tenaga dan lain-lain..E adalah tenaga, m adalah mass dan c adalah laju cahaya...di mana satu benda dapat bertukar menjadi tenaga yang kuat dan hasilnya bom atom tercipta...hiroshima dan nagasaki di jepun hancur lebur..


pada masa teori E=mc² dicipta, ramai yang tidak faham dan percaya...pada tahun 1938, seorang saintis perempuan bernama lise telah mencipta atom fusion..bila neutron campur uranium..ia akan menghasilkan radioaktif dan tenaga yang kuat sekali...pada tahun 1939, seorang saintis telah menyuruh einstein hantar surat pada president amerika tentang kemungkinan pihak nazi jerman membina senjata atom..tahun 1945 barulah bom atom tercipta..

zaman sekarang kuasa nuklear mengambil tempat...ada yang menjadikan senjata nuklear dan tenaga nuklear...malaysia juga bercadang menggunakan tenaga nuklear di masa depan..walaupun ianya jimat tetapi berbahaya..

Sunday, January 16, 2011

53.tv

ramai orang suka tenguk tv..boleh dikatakan setiap rumah ada tv..rancangan tv bertambah dengan adanya astro..bagi setengah orang pula lebih habis masa dengan online....ada blog,facebook,tweeter,google,yahoo,games dan bermacam lagi..oleh itu mereka tiada kesempatan untuk tonton tv..selain tv set,orang juga boleh tenguk tv melalui handset dan komputer..

ada yang gunakan software dan hardware pada komputer untuk tonton tv..dalam blog boleh juga tenguk tv...caranya dapatkan media player dan masukkan url streaming tv pada html..contoh url streaming tv2 adalah http://rtm2.co.tv/rtm2.asx

Tuesday, December 28, 2010

52.nuffnang

ramai blogger sekarang letakkan iklan nuffnang dalam blog mereka..sambil blogging boleh buat duit..ada yang dapat banyak duit dan ada yang sedikit..bergantung pada kerajinan dan strategi masing-masing..kalau hendak pasang iklan tu senang sahaja..10 minit pun boleh siap...kalau orang klik iklan tu , kita dapat duit...sampai rm50,kita boleh dapat cek...seronok kan..

Tuesday, December 7, 2010

51.hijrah

semasa di Mekah, nabi mendapat tentangan yang hebat dari kaum musyrik mekah...ramai orang islam disiksa dan dibunuh...kemudian nabi berhijrah dari mekah ke madinah..pada malam hijrah itu rumah baginda dikepung...tetapi baginda berjaya melepaskan diri dan tempat tidurnya diganti oleh saidina Ali iaitu sepupu dan menantu bagina.


nabi bersama saidina Abu Bakar iaitu bapa mertua baginda akhirnya berjaya jua sampai ke Madinah..di Madinah nabi menyampaikan dakwah islam dan menjadikan umat islam kuat di sana...sempena dengan maal hijrah ini semoga kita mengambil tauladan dari peristiwa hijrah nabi dalam kehidupan kita ini..

Wednesday, November 24, 2010

50.facebook

dikatakan facebook menuju ke arah alam realiti.. di mana mereka senang berhubung antara satu sama lain..mereka boleh hantar foto ke sana sini,boleh chatting secara online,reunion dan bermacam lagi...namun begitu ramai juga memilih blog dari facebook...mungkin blog boleh ditulis secara peribadi dan juga boleh buat duit dari nuffnang..setiap orang mempunyai cara berfikir yang berbeza-beza...


Friday, March 26, 2010

49.duit

sekarang ramai guna internet untuk cari duit...ada yang hanya bermodalkan rm10,rm20 dll..antara bisnes nya adalah spt..reseller,ebook,affiliate,mlm dan banyak lagi...biasanya untuk bayar mereka gunakan cash deposit...ada setengah nya berjaya mendapat keuntungan dan setengah pula..tak balik modal..mungkin belum dapat rezeki lagi...kepada yang berminat untuk buat duit menggunakan internet..saya ucapkan selamat maju jaya..

Sunday, January 10, 2010

48.tahun baru 2010

tahun 2010 telah menjelma..semoga tahun ni dapat memberi lebih sinar kepada kita semua...antara kita mempunyai azam yang berbeza-beza..semoga impian kita pada tahun ni akan tercapai...tapi bagaimana dengan tahun 2009.adakah azam tahun sudah menjadi nyata..kalau belum..teruskan usaha kita pada tahun ini pula..

Thursday, November 26, 2009

47.pengorbanan

hidup ini perlukan pengorbanan...tanpa pengorbanan ,kejayaan pasti sukar dicapai...pengorbanan tu banyak bentuknya antaranya masa,harta,tenaga dll...sebagai contohnya kalau seseorang itu ingin berjaya dalam pelajaran dia mestilah banyak berkorban spt masa untuk studi ...jadi kalau dia tak ada masa nak studi ini akan menyukarkan dia untuk hadapi peperiksaan nanti...

pengorbanan yang besar telah berlaku pada nabi ibrahim...di mana pada satu hari dia bermimpi...dalam mimpinya tuhan menyuruh dia sembelihkan anaknya ismail...pada esok harinya dia beritahu mimpi tadi pada anaknya ismail...anaknya nabi ismail berkata pada ayahnya lakukan apa yang di perintahkan oleh tuhan....pada ketika nabi ibrahim hendak sembelih anaknya...tuhan telah menyuruh nabi ibrahim gantikan nabi ismail dengan seekor kibas

dari peristiwa itu lah umat islam di perintahkan berkorban pada hari raya adha...pengorbanan amat penting dalam kehidupan ni...semoga kita semua merasa insaf ..

Tuesday, November 17, 2009

46.tenaga kerja

ketika negara berada dalam ekonomi stabil dan dalam masa yang sama inginkan menjadi negara yang maju...ini sudah tentu memerlukan tenaga kerja yang ramai...untuk itu,tenaga kerja dari luar di bawa masuk.

ekonomi bersifat tidak menentu adakalanya berkembang dan adakalanya jatuh....apabila ekonomi jatuh, ini akan menyebabkan pembangunan yang telah dirancang akan terbantut...peluang kerja menjadi terhad dan pekerja juga turut diberhentikan.ini melibatkan pekerja asing dan pekerja tempatan.

ada juga majikan yang lebih pentingkan pekerja asing...ini sudah tentu memberi kesan buruk kepada banyak pihak dan juga pada negara...antara kesan negetifnya pembeli dari rakyat tempatan telah berkurangan kerana mereka tiada kerja...ini menyebabkan ekonomi negara akan bertambah merosot

diharapkan pihak-pihak terlibat dapat fikirkan bagaimana untuk mengatasi penggangguran di kalangan pekerja tempatan...

Thursday, October 29, 2009

45.sungai

kedapatan juga ada takungan air di atas bukit dan gunung..air yang berlebihan akan jatuh ke bawah...ini juga dikenali sebagai air terjun....orang ramai mengambil peluang berkelah di situ...airnya jernih,bersih dan sejuk ...kesejukan air terjun sampai terasa ke tulang...mereka boleh juga boleh bermain air dan mandi di situ...sungai akan mengalir air yang bersih di situ memasuki ladang-ladang,kampung,kilang dan juga bandar-bandar...aktiviti manusia yang bermacam-macam telah menyebabkan air sungai tercemar..setengah manusia dengan sengaja mencampakkan sisa-sisa buangan ke dalam sungai...ini menyebabkan sungai menjadi kotor dan air menjadi kuning...

sungai yang panjang akan bertemu dengan lautan..pertemuan ke dua sungai tu di namakan kuala atau pun muara..air lautan yang masin dan bersih akan dapat membantu air sungai tadi menjadi bersih kembali...kehidupan manusia adalah spt perjalanan sungai tadi..di waktu dilahirkan hati manusia bersih tapi lama-lama ia akan kotor..semoga kita dapat menemui lautan itu dan alangkah beruntungnya jika seseorang tu menyucikan dirinya..

Saturday, October 24, 2009

44.awan

cahaya matahari yang memancar ke bumi menyebabkan bumi menjadi panas...kepanasan tadi akan naik ke atas langit dan membentuk wap-wap air...wap-wap air akan berkumpul sesama sendiri menjadi awan yang berwarna putih...pabila wap air tadi menjadi banyak ianya akan bertukar warna menjadi lebih gelap dan hitam....angin yang bertiup membantu awan menjadi lebih besar lagi dan bila tiba satu tahap di mana wap air menjadi berat ia akan jatuh ke bumi dalam bentuk titisan air atau dikenali juga sebagai hujan...

hujan turun membasahi bumi...tumbuhan dan haiwan amat memerlukan air untuk hidup...jika ketandusan air mereka akan mati...begitu juga dengan kehidupan manusia, air amat penting sekali..air dari sungai akan dialirkan ke dalam empangan dan air tadi akan diproses di dalam loji...dengan menggunakan saluran paip, air dapat dialirkan ke rumah-rumah untuk kegiatan manusia spt mandi,memasak dll....semoga kita mensyukuri nikmatNya dan jangan membazir air ya..

Saturday, October 17, 2009

43.bukit

bukit bersifat keras dan teguh tetapi ianya masih boleh merekah dan menjadi serpihan...ianya berlaku lebih jelas sekiranya bukit itu berada di kawasan pantai..setiap kali ombak melanda bukit maka akan berlaku sedikit gegaran dan lama-lama bukit akan mudah retak....ketulan batu dari bukit tadi akan jatuh ke dasar lautan.

batu-batu tadi akan berlanggar sesama sendiri dan bergolek-golek di dasar dan akhirnya ianya menjadi ketulan yang lebih kecil lagi...sehingga ianya menjadi pasir di pantai yang keemasan warnanya..pasir yang halus itu banyak berguna kepada manusia spt boleh di jadikan bahan buat konkrit, di gunakan bahan buat kaca dan cermin serta boleh di jadikan semiconductor spt diod dan transistor..walaupun bukit begitu keras tetapi hati manusia lebih keras lagi..

Tuesday, October 13, 2009

42.senja

pabila siang melabuhkan tirainya bermakna mentari telah jatuh di ufuk barat... maka terpancarlah cahaya kekuningan dan kemerahan berselerakan di langit..sungguh indah permandangan begitu... lebih lebih lagi bila kita berada di kawasan pantai...burung-burung berkawan-kawan berterbangan di angkasa menuju ke sarang masing masing....aktiviti manusia turut terhenti...malam mulai menjelma ...semoga esok kehidupan akan diteruskan lagi...

41.tasik

kalau tasik tu cantik dan menarik ianya akan menjadi salah satu dari tarikan orang ramai dan pelancong ke situ...di dalam tasik dan persekitarannya mudah di jumpai flora dan fauna...antaranya pokok teratai,kiambang,pokok herba pun ada dll..sementara faunanya ada lah kancil,katak dan berbagai jenis burung...ada setengah orang suka memancing di tasik untuk mendapat ikan air tawar spt haruan,keli,puyu dan sebagainya..di tepi tasik pula boleh buat camping dan juga sebagai tempat perkelahan..dalam pada itu kenalah berhati-hati dari binatang buas

Sunday, October 11, 2009

40.wakaf

wakaf di bina sebagai tempat berehat dan juga untuk tempat berlindung dari hujan serta panas...ianya didirikan di kawasan yang ramai orang spt di kawasan masjid,tempat perkelahan dan juga di tepi jalan..kalau kawasan perkelahan tepi pantai tu,orang ramai boleh gunakan wakaf untuk berehat dari kepenatan setelah berjalan-jalan...di samping tu mereka dapat menjamu selera tetapi kenalah jaga kebersihan dari sampah sarap...ada juga orang yang salah gunakan wakaf untuk aktiviti yang tidak bermoral..semoga wakaf dapat digunakan sebaik yang mungkin untuk faedah bersama

Saturday, October 10, 2009

39.bunga

alam ni penuh dengan keindahan..dan bunga salah satu dari keindahan itu...ada bermacam spesis dan jenis bunga..ada warna yang terang spt bunga raya..bunga orkid vanilla boleh di jadikan perisa makanan dan minuman...bunga yang harum spt bunga tanjung dan rose boleh di jadikan minyak wangi...bunga boleh di jadikan penawar dan ubat kepada manusia spt bunga reflesia..bunga juga ada manisan di mana lebah akan hinggap dan hirup manisan tu kemudian ia akan membuat sarang diatas pokok, sementara sarang itu diambil manusia untuk jadikan madu...pendek kata bunga banyak beri faedah pada haiwan termasuk manusia..

Wednesday, October 7, 2009

38.buluh

buluh tu mempunyai 1001 kegunaan..antaranya buluh digunakan untuk masak lemang di mana beras dan santan akan di masukkan ke dalam buluh dan bakar hingga masak..ada juga buluh jenis kecil, ini sesuai di tanam di halaman rumah...budak budak suka juga bermain bedil dari buluh...buluh juga boleh dibuat rakit...bakul dan tikar boleh juga di buat dari buluh....buluh juga boleh buat tabung duit dan pelita...rebung buluh pun boleh dibuat sayur..dan banyak lagi kegunaannya...

Monday, October 5, 2009

37.kemboja

pokok kemboja ada bermacam spesis dan bunganya bermacam warna....ada warna kuning,putih,merah,coklat,pink dll...bagi masyarakat kita, pokok kemboja ni ditanam di kawasan perkuburan dan agak janggal ditanam di halaman rumah...di antara keistimewaan pokok kemboja ni adalah bunganya cukup harum...pokok kemboja ada juga di tanam di sepanjang jalan di bandar di mana di waktu siang ianya kelihatan cantik dengan bunganya dan di malam hari ianya begitu harum sekali...cara tanamnya agak mudah di mana ianya memerlukan proses tut..

Saturday, October 3, 2009

36.nelayan

kerja sebagai nelayan amat berbahaya kerana boleh tergadai nyawa...pabila mereka ke laut..ombak besar akan boleh tenggelamkan bot...nelayan menggunakan bermacam cara untuk mendapatkan hasil tangkapan spt memancing,memukat,menjala,bubu dan dll..kalau gunakan bot kecil, mereka pergi ke laut pada awal pagi dan balik pada petangnya...kalau guna bot besar, mereka ke laut sampai seminggu dua...biasanya untuk dapatkan ikan tenggiri mereka memancing,sementara ikan merah dan kerapu mereka gunakan bubu...bubu adalah sejenis perangkap dari dawai yang di letakkan di dasar laut...antara hasil tangkapan nelayan spt ketam,sotong,udang,ikan akan dijual kepada peraih...ada juga teruskan dijual ke pasar...

Friday, October 2, 2009

35.kelapa

boleh di katakan pokok kelapa ni pokok yang serba guna....akarnya boleh buat berus gigi,lidinya boleh buat penyapu,air kelapa boleh diminum,isinya boleh di makan dan di buat santan...isinya juga boleh di buat minyak...dll...untuk dapatkan buah kelapa di atas pokok ada bermacam cara antaranya kait,panjat atau pun guna kera atau pun guna beruk...pokok kelapa banyak didapati kawasan berpasir spt di tepi pantai...daun kelapa yang melambai-lambai akan menambahkan lagi seri pemandangan pantai..

Thursday, October 1, 2009

34.ombak

setelah kita penat bekerja atau pun setelah kepenatan studi pelajaran....kita perlu merehatkan minda dan badan...di antara tempat yang di minati ramai adalah tepi pantai...kalau pergi ke pantai bawalah bekalan spt nasi lemak dan air sirap...di sana kita boleh menghirup udara segar,lautan yang membiru dan pasir keemasan warnanya...kita boleh juga bermain ombak tetapi kita kena juga berhati hati kalau kalau ombak tu agak besar ..ini akan membahayakan diri sendiri...selamat berkelah ya...

Wednesday, September 30, 2009

33.mendaki

ada setengah orang suka melihat keindahan alam dari tempat tinggi.salah satunya berada di puncak gunung dan bukit...untuk sampai ke puncak kita kena mendaki dulu...ada setengah bukit di sediakan tangga...ini akan memudahkan orang ramai untuk mendaki, kalau tidak terpaksalah berdepan dengan cabaran ...dari puncak kita dapat lihat di bawah dengan lebih jelas spt lautan,pokok,gunung ganang,aliran sungai dll...di samping tu aktiviti mendaki ni dapat menambahkan stamina badan kita..kalau ada masa tu..cubalah mendaki ya...

Tuesday, September 29, 2009

32.hutan

di dalam hutan ada bermacam flora dan fauna seperti pokok,harimau,kancil dll...di antara barang berharga di dalam hutan adalah pokok balak seperti spesis cengal,nyatoh,jati,meranti dan lain-lain..orang asli pandai mencari kayu gaharu...harganya cukup mahal...balak-balak yang telah ditebang akan di bawa ke kilang untuk di proses...kilang perabot menggunakan kayu dan papan untuk hasilkan kerusi,meja,almari baju,almari solek dll..kayu dan papan juga di gunakan untuk bina rumah tapi orang lebih suka rumah dari konkrit simen..

Monday, September 28, 2009

31.senaman

fikiran yang cerdas terletak pada badan yang sihat...salah satu cara menyihatkan badan adalah melakukan senaman...antaranya berjogging di taman...di taman juga di sediakan beberapa alat senaman...biasa mereka berjogging di waktu pagi dan ada juga di waktu petang...

cuaca hari ini


bloguez.com

About Me

Top 10 Members

Recent Comments

spacebar untuk lompat

Slideshow

Loading...

free counter

counter

award dari aien

award dari aien

award dari yulan

award dari yulan

kad raya dari yulan

kad raya dari yulan
 

Copyright © 2009 by jomdiskusi.blogspot.com