Thursday, October 29, 2009

45.sungai

kedapatan juga ada takungan air di atas bukit dan gunung..air yang berlebihan akan jatuh ke bawah...ini juga dikenali sebagai air terjun....orang ramai mengambil peluang berkelah di situ...airnya jernih,bersih dan sejuk ...kesejukan air terjun sampai terasa ke tulang...mereka boleh juga boleh bermain air dan mandi di situ...sungai akan mengalir air yang bersih di situ memasuki ladang-ladang,kampung,kilang dan juga bandar-bandar...aktiviti manusia yang bermacam-macam telah menyebabkan air sungai tercemar..setengah manusia dengan sengaja mencampakkan sisa-sisa buangan ke dalam sungai...ini menyebabkan sungai menjadi kotor dan air menjadi kuning...

sungai yang panjang akan bertemu dengan lautan..pertemuan ke dua sungai tu di namakan kuala atau pun muara..air lautan yang masin dan bersih akan dapat membantu air sungai tadi menjadi bersih kembali...kehidupan manusia adalah spt perjalanan sungai tadi..di waktu dilahirkan hati manusia bersih tapi lama-lama ia akan kotor..semoga kita dapat menemui lautan itu dan alangkah beruntungnya jika seseorang tu menyucikan dirinya..

Saturday, October 24, 2009

44.awan

cahaya matahari yang memancar ke bumi menyebabkan bumi menjadi panas...kepanasan tadi akan naik ke atas langit dan membentuk wap-wap air...wap-wap air akan berkumpul sesama sendiri menjadi awan yang berwarna putih...pabila wap air tadi menjadi banyak ianya akan bertukar warna menjadi lebih gelap dan hitam....angin yang bertiup membantu awan menjadi lebih besar lagi dan bila tiba satu tahap di mana wap air menjadi berat ia akan jatuh ke bumi dalam bentuk titisan air atau dikenali juga sebagai hujan...

hujan turun membasahi bumi...tumbuhan dan haiwan amat memerlukan air untuk hidup...jika ketandusan air mereka akan mati...begitu juga dengan kehidupan manusia, air amat penting sekali..air dari sungai akan dialirkan ke dalam empangan dan air tadi akan diproses di dalam loji...dengan menggunakan saluran paip, air dapat dialirkan ke rumah-rumah untuk kegiatan manusia spt mandi,memasak dll....semoga kita mensyukuri nikmatNya dan jangan membazir air ya..

Saturday, October 17, 2009

43.bukit

bukit bersifat keras dan teguh tetapi ianya masih boleh merekah dan menjadi serpihan...ianya berlaku lebih jelas sekiranya bukit itu berada di kawasan pantai..setiap kali ombak melanda bukit maka akan berlaku sedikit gegaran dan lama-lama bukit akan mudah retak....ketulan batu dari bukit tadi akan jatuh ke dasar lautan.

batu-batu tadi akan berlanggar sesama sendiri dan bergolek-golek di dasar dan akhirnya ianya menjadi ketulan yang lebih kecil lagi...sehingga ianya menjadi pasir di pantai yang keemasan warnanya..pasir yang halus itu banyak berguna kepada manusia spt boleh di jadikan bahan buat konkrit, di gunakan bahan buat kaca dan cermin serta boleh di jadikan semiconductor spt diod dan transistor..walaupun bukit begitu keras tetapi hati manusia lebih keras lagi..

Tuesday, October 13, 2009

42.senja

pabila siang melabuhkan tirainya bermakna mentari telah jatuh di ufuk barat... maka terpancarlah cahaya kekuningan dan kemerahan berselerakan di langit..sungguh indah permandangan begitu... lebih lebih lagi bila kita berada di kawasan pantai...burung-burung berkawan-kawan berterbangan di angkasa menuju ke sarang masing masing....aktiviti manusia turut terhenti...malam mulai menjelma ...semoga esok kehidupan akan diteruskan lagi...

41.tasik

kalau tasik tu cantik dan menarik ianya akan menjadi salah satu dari tarikan orang ramai dan pelancong ke situ...di dalam tasik dan persekitarannya mudah di jumpai flora dan fauna...antaranya pokok teratai,kiambang,pokok herba pun ada dll..sementara faunanya ada lah kancil,katak dan berbagai jenis burung...ada setengah orang suka memancing di tasik untuk mendapat ikan air tawar spt haruan,keli,puyu dan sebagainya..di tepi tasik pula boleh buat camping dan juga sebagai tempat perkelahan..dalam pada itu kenalah berhati-hati dari binatang buas

Sunday, October 11, 2009

40.wakaf

wakaf di bina sebagai tempat berehat dan juga untuk tempat berlindung dari hujan serta panas...ianya didirikan di kawasan yang ramai orang spt di kawasan masjid,tempat perkelahan dan juga di tepi jalan..kalau kawasan perkelahan tepi pantai tu,orang ramai boleh gunakan wakaf untuk berehat dari kepenatan setelah berjalan-jalan...di samping tu mereka dapat menjamu selera tetapi kenalah jaga kebersihan dari sampah sarap...ada juga orang yang salah gunakan wakaf untuk aktiviti yang tidak bermoral..semoga wakaf dapat digunakan sebaik yang mungkin untuk faedah bersama

Saturday, October 10, 2009

39.bunga

alam ni penuh dengan keindahan..dan bunga salah satu dari keindahan itu...ada bermacam spesis dan jenis bunga..ada warna yang terang spt bunga raya..bunga orkid vanilla boleh di jadikan perisa makanan dan minuman...bunga yang harum spt bunga tanjung dan rose boleh di jadikan minyak wangi...bunga boleh di jadikan penawar dan ubat kepada manusia spt bunga reflesia..bunga juga ada manisan di mana lebah akan hinggap dan hirup manisan tu kemudian ia akan membuat sarang diatas pokok, sementara sarang itu diambil manusia untuk jadikan madu...pendek kata bunga banyak beri faedah pada haiwan termasuk manusia..

Wednesday, October 7, 2009

38.buluh

buluh tu mempunyai 1001 kegunaan..antaranya buluh digunakan untuk masak lemang di mana beras dan santan akan di masukkan ke dalam buluh dan bakar hingga masak..ada juga buluh jenis kecil, ini sesuai di tanam di halaman rumah...budak budak suka juga bermain bedil dari buluh...buluh juga boleh dibuat rakit...bakul dan tikar boleh juga di buat dari buluh....buluh juga boleh buat tabung duit dan pelita...rebung buluh pun boleh dibuat sayur..dan banyak lagi kegunaannya...

Monday, October 5, 2009

37.kemboja

pokok kemboja ada bermacam spesis dan bunganya bermacam warna....ada warna kuning,putih,merah,coklat,pink dll...bagi masyarakat kita, pokok kemboja ni ditanam di kawasan perkuburan dan agak janggal ditanam di halaman rumah...di antara keistimewaan pokok kemboja ni adalah bunganya cukup harum...pokok kemboja ada juga di tanam di sepanjang jalan di bandar di mana di waktu siang ianya kelihatan cantik dengan bunganya dan di malam hari ianya begitu harum sekali...cara tanamnya agak mudah di mana ianya memerlukan proses tut..

Saturday, October 3, 2009

36.nelayan

kerja sebagai nelayan amat berbahaya kerana boleh tergadai nyawa...pabila mereka ke laut..ombak besar akan boleh tenggelamkan bot...nelayan menggunakan bermacam cara untuk mendapatkan hasil tangkapan spt memancing,memukat,menjala,bubu dan dll..kalau gunakan bot kecil, mereka pergi ke laut pada awal pagi dan balik pada petangnya...kalau guna bot besar, mereka ke laut sampai seminggu dua...biasanya untuk dapatkan ikan tenggiri mereka memancing,sementara ikan merah dan kerapu mereka gunakan bubu...bubu adalah sejenis perangkap dari dawai yang di letakkan di dasar laut...antara hasil tangkapan nelayan spt ketam,sotong,udang,ikan akan dijual kepada peraih...ada juga teruskan dijual ke pasar...

Friday, October 2, 2009

35.kelapa

boleh di katakan pokok kelapa ni pokok yang serba guna....akarnya boleh buat berus gigi,lidinya boleh buat penyapu,air kelapa boleh diminum,isinya boleh di makan dan di buat santan...isinya juga boleh di buat minyak...dll...untuk dapatkan buah kelapa di atas pokok ada bermacam cara antaranya kait,panjat atau pun guna kera atau pun guna beruk...pokok kelapa banyak didapati kawasan berpasir spt di tepi pantai...daun kelapa yang melambai-lambai akan menambahkan lagi seri pemandangan pantai..

Thursday, October 1, 2009

34.ombak

setelah kita penat bekerja atau pun setelah kepenatan studi pelajaran....kita perlu merehatkan minda dan badan...di antara tempat yang di minati ramai adalah tepi pantai...kalau pergi ke pantai bawalah bekalan spt nasi lemak dan air sirap...di sana kita boleh menghirup udara segar,lautan yang membiru dan pasir keemasan warnanya...kita boleh juga bermain ombak tetapi kita kena juga berhati hati kalau kalau ombak tu agak besar ..ini akan membahayakan diri sendiri...selamat berkelah ya...