Thursday, November 26, 2009

47.pengorbanan

hidup ini perlukan pengorbanan...tanpa pengorbanan ,kejayaan pasti sukar dicapai...pengorbanan tu banyak bentuknya antaranya masa,harta,tenaga dll...sebagai contohnya kalau seseorang itu ingin berjaya dalam pelajaran dia mestilah banyak berkorban spt masa untuk studi ...jadi kalau dia tak ada masa nak studi ini akan menyukarkan dia untuk hadapi peperiksaan nanti...

pengorbanan yang besar telah berlaku pada nabi ibrahim...di mana pada satu hari dia bermimpi...dalam mimpinya tuhan menyuruh dia sembelihkan anaknya ismail...pada esok harinya dia beritahu mimpi tadi pada anaknya ismail...anaknya nabi ismail berkata pada ayahnya lakukan apa yang di perintahkan oleh tuhan....pada ketika nabi ibrahim hendak sembelih anaknya...tuhan telah menyuruh nabi ibrahim gantikan nabi ismail dengan seekor kibas

dari peristiwa itu lah umat islam di perintahkan berkorban pada hari raya adha...pengorbanan amat penting dalam kehidupan ni...semoga kita semua merasa insaf ..

Tuesday, November 17, 2009

46.tenaga kerja

ketika negara berada dalam ekonomi stabil dan dalam masa yang sama inginkan menjadi negara yang maju...ini sudah tentu memerlukan tenaga kerja yang ramai...untuk itu,tenaga kerja dari luar di bawa masuk.

ekonomi bersifat tidak menentu adakalanya berkembang dan adakalanya jatuh....apabila ekonomi jatuh, ini akan menyebabkan pembangunan yang telah dirancang akan terbantut...peluang kerja menjadi terhad dan pekerja juga turut diberhentikan.ini melibatkan pekerja asing dan pekerja tempatan.

ada juga majikan yang lebih pentingkan pekerja asing...ini sudah tentu memberi kesan buruk kepada banyak pihak dan juga pada negara...antara kesan negetifnya pembeli dari rakyat tempatan telah berkurangan kerana mereka tiada kerja...ini menyebabkan ekonomi negara akan bertambah merosot

diharapkan pihak-pihak terlibat dapat fikirkan bagaimana untuk mengatasi penggangguran di kalangan pekerja tempatan...

Thursday, October 29, 2009

45.sungai

kedapatan juga ada takungan air di atas bukit dan gunung..air yang berlebihan akan jatuh ke bawah...ini juga dikenali sebagai air terjun....orang ramai mengambil peluang berkelah di situ...airnya jernih,bersih dan sejuk ...kesejukan air terjun sampai terasa ke tulang...mereka boleh juga boleh bermain air dan mandi di situ...sungai akan mengalir air yang bersih di situ memasuki ladang-ladang,kampung,kilang dan juga bandar-bandar...aktiviti manusia yang bermacam-macam telah menyebabkan air sungai tercemar..setengah manusia dengan sengaja mencampakkan sisa-sisa buangan ke dalam sungai...ini menyebabkan sungai menjadi kotor dan air menjadi kuning...

sungai yang panjang akan bertemu dengan lautan..pertemuan ke dua sungai tu di namakan kuala atau pun muara..air lautan yang masin dan bersih akan dapat membantu air sungai tadi menjadi bersih kembali...kehidupan manusia adalah spt perjalanan sungai tadi..di waktu dilahirkan hati manusia bersih tapi lama-lama ia akan kotor..semoga kita dapat menemui lautan itu dan alangkah beruntungnya jika seseorang tu menyucikan dirinya..

Saturday, October 24, 2009

44.awan

cahaya matahari yang memancar ke bumi menyebabkan bumi menjadi panas...kepanasan tadi akan naik ke atas langit dan membentuk wap-wap air...wap-wap air akan berkumpul sesama sendiri menjadi awan yang berwarna putih...pabila wap air tadi menjadi banyak ianya akan bertukar warna menjadi lebih gelap dan hitam....angin yang bertiup membantu awan menjadi lebih besar lagi dan bila tiba satu tahap di mana wap air menjadi berat ia akan jatuh ke bumi dalam bentuk titisan air atau dikenali juga sebagai hujan...

hujan turun membasahi bumi...tumbuhan dan haiwan amat memerlukan air untuk hidup...jika ketandusan air mereka akan mati...begitu juga dengan kehidupan manusia, air amat penting sekali..air dari sungai akan dialirkan ke dalam empangan dan air tadi akan diproses di dalam loji...dengan menggunakan saluran paip, air dapat dialirkan ke rumah-rumah untuk kegiatan manusia spt mandi,memasak dll....semoga kita mensyukuri nikmatNya dan jangan membazir air ya..

Saturday, October 17, 2009

43.bukit

bukit bersifat keras dan teguh tetapi ianya masih boleh merekah dan menjadi serpihan...ianya berlaku lebih jelas sekiranya bukit itu berada di kawasan pantai..setiap kali ombak melanda bukit maka akan berlaku sedikit gegaran dan lama-lama bukit akan mudah retak....ketulan batu dari bukit tadi akan jatuh ke dasar lautan.

batu-batu tadi akan berlanggar sesama sendiri dan bergolek-golek di dasar dan akhirnya ianya menjadi ketulan yang lebih kecil lagi...sehingga ianya menjadi pasir di pantai yang keemasan warnanya..pasir yang halus itu banyak berguna kepada manusia spt boleh di jadikan bahan buat konkrit, di gunakan bahan buat kaca dan cermin serta boleh di jadikan semiconductor spt diod dan transistor..walaupun bukit begitu keras tetapi hati manusia lebih keras lagi..

Tuesday, October 13, 2009

42.senja

pabila siang melabuhkan tirainya bermakna mentari telah jatuh di ufuk barat... maka terpancarlah cahaya kekuningan dan kemerahan berselerakan di langit..sungguh indah permandangan begitu... lebih lebih lagi bila kita berada di kawasan pantai...burung-burung berkawan-kawan berterbangan di angkasa menuju ke sarang masing masing....aktiviti manusia turut terhenti...malam mulai menjelma ...semoga esok kehidupan akan diteruskan lagi...

41.tasik

kalau tasik tu cantik dan menarik ianya akan menjadi salah satu dari tarikan orang ramai dan pelancong ke situ...di dalam tasik dan persekitarannya mudah di jumpai flora dan fauna...antaranya pokok teratai,kiambang,pokok herba pun ada dll..sementara faunanya ada lah kancil,katak dan berbagai jenis burung...ada setengah orang suka memancing di tasik untuk mendapat ikan air tawar spt haruan,keli,puyu dan sebagainya..di tepi tasik pula boleh buat camping dan juga sebagai tempat perkelahan..dalam pada itu kenalah berhati-hati dari binatang buas

Sunday, October 11, 2009

40.wakaf

wakaf di bina sebagai tempat berehat dan juga untuk tempat berlindung dari hujan serta panas...ianya didirikan di kawasan yang ramai orang spt di kawasan masjid,tempat perkelahan dan juga di tepi jalan..kalau kawasan perkelahan tepi pantai tu,orang ramai boleh gunakan wakaf untuk berehat dari kepenatan setelah berjalan-jalan...di samping tu mereka dapat menjamu selera tetapi kenalah jaga kebersihan dari sampah sarap...ada juga orang yang salah gunakan wakaf untuk aktiviti yang tidak bermoral..semoga wakaf dapat digunakan sebaik yang mungkin untuk faedah bersama

Saturday, October 10, 2009

39.bunga

alam ni penuh dengan keindahan..dan bunga salah satu dari keindahan itu...ada bermacam spesis dan jenis bunga..ada warna yang terang spt bunga raya..bunga orkid vanilla boleh di jadikan perisa makanan dan minuman...bunga yang harum spt bunga tanjung dan rose boleh di jadikan minyak wangi...bunga boleh di jadikan penawar dan ubat kepada manusia spt bunga reflesia..bunga juga ada manisan di mana lebah akan hinggap dan hirup manisan tu kemudian ia akan membuat sarang diatas pokok, sementara sarang itu diambil manusia untuk jadikan madu...pendek kata bunga banyak beri faedah pada haiwan termasuk manusia..

Wednesday, October 7, 2009

38.buluh

buluh tu mempunyai 1001 kegunaan..antaranya buluh digunakan untuk masak lemang di mana beras dan santan akan di masukkan ke dalam buluh dan bakar hingga masak..ada juga buluh jenis kecil, ini sesuai di tanam di halaman rumah...budak budak suka juga bermain bedil dari buluh...buluh juga boleh dibuat rakit...bakul dan tikar boleh juga di buat dari buluh....buluh juga boleh buat tabung duit dan pelita...rebung buluh pun boleh dibuat sayur..dan banyak lagi kegunaannya...

Monday, October 5, 2009

37.kemboja

pokok kemboja ada bermacam spesis dan bunganya bermacam warna....ada warna kuning,putih,merah,coklat,pink dll...bagi masyarakat kita, pokok kemboja ni ditanam di kawasan perkuburan dan agak janggal ditanam di halaman rumah...di antara keistimewaan pokok kemboja ni adalah bunganya cukup harum...pokok kemboja ada juga di tanam di sepanjang jalan di bandar di mana di waktu siang ianya kelihatan cantik dengan bunganya dan di malam hari ianya begitu harum sekali...cara tanamnya agak mudah di mana ianya memerlukan proses tut..

Saturday, October 3, 2009

36.nelayan

kerja sebagai nelayan amat berbahaya kerana boleh tergadai nyawa...pabila mereka ke laut..ombak besar akan boleh tenggelamkan bot...nelayan menggunakan bermacam cara untuk mendapatkan hasil tangkapan spt memancing,memukat,menjala,bubu dan dll..kalau gunakan bot kecil, mereka pergi ke laut pada awal pagi dan balik pada petangnya...kalau guna bot besar, mereka ke laut sampai seminggu dua...biasanya untuk dapatkan ikan tenggiri mereka memancing,sementara ikan merah dan kerapu mereka gunakan bubu...bubu adalah sejenis perangkap dari dawai yang di letakkan di dasar laut...antara hasil tangkapan nelayan spt ketam,sotong,udang,ikan akan dijual kepada peraih...ada juga teruskan dijual ke pasar...

Friday, October 2, 2009

35.kelapa

boleh di katakan pokok kelapa ni pokok yang serba guna....akarnya boleh buat berus gigi,lidinya boleh buat penyapu,air kelapa boleh diminum,isinya boleh di makan dan di buat santan...isinya juga boleh di buat minyak...dll...untuk dapatkan buah kelapa di atas pokok ada bermacam cara antaranya kait,panjat atau pun guna kera atau pun guna beruk...pokok kelapa banyak didapati kawasan berpasir spt di tepi pantai...daun kelapa yang melambai-lambai akan menambahkan lagi seri pemandangan pantai..

Thursday, October 1, 2009

34.ombak

setelah kita penat bekerja atau pun setelah kepenatan studi pelajaran....kita perlu merehatkan minda dan badan...di antara tempat yang di minati ramai adalah tepi pantai...kalau pergi ke pantai bawalah bekalan spt nasi lemak dan air sirap...di sana kita boleh menghirup udara segar,lautan yang membiru dan pasir keemasan warnanya...kita boleh juga bermain ombak tetapi kita kena juga berhati hati kalau kalau ombak tu agak besar ..ini akan membahayakan diri sendiri...selamat berkelah ya...

Wednesday, September 30, 2009

33.mendaki

ada setengah orang suka melihat keindahan alam dari tempat tinggi.salah satunya berada di puncak gunung dan bukit...untuk sampai ke puncak kita kena mendaki dulu...ada setengah bukit di sediakan tangga...ini akan memudahkan orang ramai untuk mendaki, kalau tidak terpaksalah berdepan dengan cabaran ...dari puncak kita dapat lihat di bawah dengan lebih jelas spt lautan,pokok,gunung ganang,aliran sungai dll...di samping tu aktiviti mendaki ni dapat menambahkan stamina badan kita..kalau ada masa tu..cubalah mendaki ya...

Tuesday, September 29, 2009

32.hutan

di dalam hutan ada bermacam flora dan fauna seperti pokok,harimau,kancil dll...di antara barang berharga di dalam hutan adalah pokok balak seperti spesis cengal,nyatoh,jati,meranti dan lain-lain..orang asli pandai mencari kayu gaharu...harganya cukup mahal...balak-balak yang telah ditebang akan di bawa ke kilang untuk di proses...kilang perabot menggunakan kayu dan papan untuk hasilkan kerusi,meja,almari baju,almari solek dll..kayu dan papan juga di gunakan untuk bina rumah tapi orang lebih suka rumah dari konkrit simen..

Monday, September 28, 2009

31.senaman

fikiran yang cerdas terletak pada badan yang sihat...salah satu cara menyihatkan badan adalah melakukan senaman...antaranya berjogging di taman...di taman juga di sediakan beberapa alat senaman...biasa mereka berjogging di waktu pagi dan ada juga di waktu petang...

Friday, September 25, 2009

30.diari

zaman berubah bersama teknologi.kalau dahulu,orang tulis diari dalam buku diari selepas ditulisnya disimpannya...bila teknologi telah maju...cara hidup dan pemikiran juga telah bertukar...dengan adanya blog...orang ramai boleh tulis aktiviti hariannya dalam blog.mereka dapat berkongsi cerita bersama kawan,sanak saudara dan juga yang berkunjung dalam blognya..ada juga blog yang bertema kan diari ni mendapat sambutan yang hangat...mungkin owner blog tu pandai bercerita..biasanya tak semua berkisar pada aktiviti harian di mana di masukkan juga isu politik,ekonomi dll..apa pun tema.. masing-masing ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri..

Friday, September 4, 2009

29.icon

biasanya kita akan nampak icon B blogspot yang berwarna jingga pada bar adress .Kita boleh juga buat icon kita sendiri. caranya mudah dan secara umumnya begini. 1-pergi favicongenerator.com buatlah apa yang patut kat sana 2.simpan icon tadi di tempat yang yang sesuai seperti photobucket.com 3.link icon tadi di masukkan dalam template kita...selamat mencuba ya...

Saturday, August 29, 2009

28.interaksi

setelah kita ada template yang cantik,entry yang menarik seperti kata-kata yang penuh bersemangat beserta photo yang mempersonakan di tambahkan pula widget yang bagus-bagus..terdapat satu lagi elemen yang begitu penting iaitu interaksi.interaksi di sini bermaksud bagaimana kita berhubung dengan visitor,chatter,commenter di dalam blog kita.kalau kita berinteraksi baik dengan mereka,ini akan membantu menambahkan dan memantapkan qualiti blog kita...

Thursday, August 20, 2009

27.susunan

antara ciri-ciri blog yang menarik ialah susunan...terutama susunan gadget-gadget..gadget follower ada yang diletakkan di bahagian atas sekali..ini mungkin memudahkan visitor jadi followernya...ada juga letakkannya di tengah...ada juga di bahagian bawah...masing-masing ada motifnya tersendiri...gadget clock biasanya di bahagian atas...bagaimana pula gadget counter..gadget blog list dan lain -lain gadget...kalau gadget yang bersaiz besar biasanya di letakkan di bahagian bawah...template yang mempunyai 2 kolum agak mudah untuk susun gadget..tapi agak sukar kalau template yang ada 3 dan 4 kolum...ada setengah blogger main letak je gadget nya..janji gadget tu dapat berfungsi dengan baik....kalau gadget disusun dengan baik..ianya menjadi blog kita nampak lebih kemas dan cantik lagi...

Sunday, August 16, 2009

26.emosi

biasanya blog di gunakan untuk berkongsi fikiran,photo dll..ada juga untuk kongsi emosi...ada yang boleh kontrol emosi dan ada juga yang tak mampu kawal emosi...ada bermacam emosi spt sedih,gembira,bangga,rindu,benci,marah dll...emosi sedih spt dia kehilangan kucing yang tersayang mungkin di langgar kereta...dalam blognya di tunjukkan sangkar kucingnya yang kosong serta baki makanan wiskis kucingnya...jadi entry dengan kesedihan dan kepiluan...emosi gembira spt dia baru beli kasut baru...dia tunjukkan kasut barunya yang masih berada dalam kotak...emosi bangga spt dia berkonvo dapt sijil,diploma,degree dll..jadi emosi bangga tu dapat lah dikongsi bersama visitornya..lepas tu visitor akan cakap tahniah..lepas tu dia akan tersenyum bangga..emosi rindu spt dia rindukan kampungnya sebab dah lama tak balik kampung..dia teringatkan pokok jambu,ayam,itik,kucing kesayangannya,biliknya ,pokok-pokok bunga yang di tanamnya dll..emosi benci dan marah spt handsetnya di curi orang jadi dalam blognya dia akan gunakan cacian,makian,kata-kata kesat dll untuk lepaskan geramnya tadi..barangkali 3 entry berturut-turut dipenuhi kata-kata begitu...apa boleh buat emosi telah menguasai dirinya...visitor hanya mampu membacanya dan suruh dia banyak bersabar..

Tuesday, August 11, 2009

25.label

biasanya blog yang lama mereka letakkan label...yang belum letakkan label tu cuba lah letakkannya...senang je...ada setengah template sudah di sediakan label...template yang belum di letakkan label tu kena masukkan gadget label...pergi ke customize..klik gadget,lepas tu klik label...setiap kali post...taip je label nak isi...kalau diari..taip je dairi lepas tu publish....dengan ada nya label mudah lah visitor dan owner blog boleh refer....kalau nak tenguk entry resepi..klik je kat label resepi dll...owner blog boleh lah merancang dan seimbangkan bermacam isi entry dan tambahkan mana yang kurang...label juga dapat mengurangkan blog kita menjadi rojak dan tak perlulah kita membuka banyak blog..cukup dengan label tu...

Thursday, August 6, 2009

24.banyak

ada setengah blogger yang ada banyak blognya...ada 2,5,10 ada juga 20 blog...banyak kan..mereka ada sebab yang tersendiri antaranya blog lama dia ada masalah teknikal spt susah upload photo,susah orang nak komen dll....sebab yang lain pula..dia dah boring dengan blog lama jadi dia buka lah satu lagi blog...ada setengahnya pula buka blog satu lagi adalah untuk peribadinya sendiri spt blog diari..jadi dia seorang je dapat masuk....sebab lain pula dia dia minat banyak perkara spt dia minat sukan jadi dia bukalah blog sukan...dia juga minat kumpul barang antik,jadi dia buka lagi satu blog koleksi barang antik...dia juga minat tulis cerpen,jadi dia buka lagi blog untuk dia tulis cerpennya..yang jadi masalahnya adalah adakah dia boleh updatekan semua blog-blog itu...nanti takut akan timbul perasaan jemu dan akhirnya blog nya mati begitu saja...yang kejar tak dapat,yang di kendong keciciran..

Monday, August 3, 2009

23.separuh

ada blogger yang separuh jalan je berblog...lepas tu cabut lari entah kemana...dia tinggalkan blog tu yang dia bina selama ini...mungkin banyak sebab antaranya...mungkin blog ni buang masa je..atau..begitu memenatkan update blog...mungkin juga blog dia tak dapat sambutan..atau pun dia asyik kena kutuk je oleh visitor blog dia atau dll...regular visitor,commenter,follower blog dia akan tertanya tanya...kemana dia menghilang diri tanpa sebarang berita...antara owner blog dan visitor mungkin rasa sedih kerana terputus ikatan persahabatan yang selama ni terjalin..

Thursday, July 30, 2009

22.setting

dalam blog banyak perkara boleh setting...kalau tak nak bagi orang komen..boleh hide kan dia...kalau nak tapis komen...set pada moderate...kalau nak sembunyikan blog kita pada profile pun boleh...kalau nak orang tertentu je join blog kita pun boleh...kalu entry kita pendek-pendek kita boleh set pada 50 post pada main page ,biasa 7 post sahaja kan...yang blog list begitu ramai tu sampai 100 blog tu boleh di setkan 5 atau pun 10 blog di show kan..kalau tidak memanjang je dari atas hingga bawah macam gerabak keretapi....pada profile pun ada tunjuk blog kita follow kan..kalau beratus kita follow maka panjang lah ia sampai ke bawah...itu pun boleh di hide kan...seolah-olah kita tak follow mana mana blog...

Sunday, July 26, 2009

21.minat

minat seseorang berbeza antara satu sama lain...minat juga turut mempengaruhi tema dalam satu blog...kalau orang tu minat politik..blog juga berunsurkan politik..sokong tu....bangkang ini...kalau orang tu berminat berniaga..blog nya turut berkisar niaga spt jual keropok,kerepek dll...kalau berminat memasak..blog dia juga berkisar pada tumbuk lada sampai lumat,potong bawang nipis-nipis..panaskan minyak dll..tapi kebanyakannya minat tulis diari..spt bangun pagi kul 6 pagi...pukul 7 gosok gigi...sarapan kul 8 pagi...makan nasi lemak,kopi 0...9 malam tenguk tv...11 malam dengar radio..dll...ada juga blog yang bercampur-campur spt rojak...semua benda di masukkannya..

Monday, July 20, 2009

20.poll

salah satu cara untuk tahu blog kita menarik atau tidak...gunakan poll.caranya klik layout..klik add a gadget dan klik poll.kita boleh set undian mungkin 100 hari..soalannya boleh berbunyi begini...apa pendapat anda tentang blog saya...a-menarik b-tidak menarik c-no komen....andaikata selama 100 hari tu..tiada satu pun visitor undi...bagaimana...atau dalam 100 hari tu..10 visitor undi menyatakan blog kita tak menarik...bagaimana..poll juga boleh buat iq test,survey spt buah-buahan mana paling anda minati...manggis,rambutan,tembikai dll..kalauramai visitor pilih tembikai...boleh lah kita berniaga tembikai...ini contoh je..

Sunday, July 19, 2009

19.award

kalau blog kita cantik dan pandai berkawan...biasanya kita akan mendapat award...ada blogger yang banyak dapat award 10 dan ada juga 20 award..award di sampaikan melalui email atau pun pada blog visitor yang memberi award..yang menerima award pula boleh lah copy dan paste dan tampal pada blog..berbagai award spt award terbaik 2009,award sahabat sejati dll.yang terima award pula berkata...oh...begitu gembira sekali menerima award ..terharu..dll.kalau belum menerima award tu...cubalah cantik kan blog ...pandai pandai jaga hati kawan...dll..

Friday, July 17, 2009

18.template

semasa kita sign up untuk dapat kan blog...kita di beri pilihan template...kita juga boleh memilih template dari luar spt pyzam.com....cara nya agak mudah..pergi ke layout..edit html..delete kode lama...dan gantikan kode baru...setiap template ada special masing-masing...spt ada 3 kolum,background yang menarik dll...kalau template itu menarik....andainya kita taip je apa apa je....blog kita masih menarik sebabnya template mempunyai daya tarikan yang kuat...

Monday, July 13, 2009

17.rosak

semasa kita sedang blogging..tiba-tiba komputer kita rosak...spt monitor terpadam,hang,tiada line,cpu terhenti dll.biasanya kita akan check ..kalau -kalau suis ter off,cable tercabut atau pun kita off dan on kembali.sekiranya kerosakan tu masih berlanjutan bagaimana ya..mungkinkah kita terus hantar ke kedai servis...sebagai pemilik komputer kita kena lah tahu serba skit tentang asas membaiki komputer..spt sambungan cable,wire,monitor,cpu (spt ram,motherboard,power supply,modem,vga card dll) serta bios dan bagaimana nak install program...sekurangnya kita kena tahu nak tukar hard disk ...sebab kerosakan selalu berlaku di situ..

Sunday, July 12, 2009

16.widget

setengah orang panggil widget ni gadget...ada bermacam macam widget terdapat dalam blog...spt counter..untuk tahu bilangan visitor masuk dalam blog dia...spt clock...boleh tenguk masa dan date...spt widget audio...boleh dengar muzik dan lagu,spt widget video..boleh tenguk movie...spt widget games..dll.dengan adanya widget..blog tu tidak lah kaku sangat dan visitor serta owner blog tu merasa terhibur dengan bermacam widget yang ada...ada juga blog yang banyak widget..di kiri,kanan,atas,bawah,di penjuru sana,penjuru sini...mungkin hobi dia sebagai collecting widget kot..ada juga blog yang sikit aje widget nya...mungkin dia suka blog yang simple aje atau mungkin dia masih baru dalam dunia blog kot...

Thursday, July 9, 2009

15.chatting

kebanyakan blog ada chat box.mereka suka chatting...bertanya khabar...ucapan salam ziarah...visitor perlu isikan nick dan webside name...jadi owner blog akan dapat kesan dengan klik aje nick tersebut dan dapat memasuki blog tersebut....jadi mudah lah kita promosi blog kita kan...visitor lebih suka berchatting dari komen di post....mungkin sebab tak perlukan sebarang pendapat...ada chat box yang secara online dan tidak....

Tuesday, July 7, 2009

14.kamera

sekeping gambar boleh citer lebih dari 1000 patah perkataan.photo yang cantik akan menjadikan blog kita lebih berseri-seri lagi...untuk mendapatkan photo yang menarik ..kita perlukan kamera yang baik..kalau guna handset/handphone ianya berkuasa lebih kurang 2-5 megapixel sahaja...kalau guna mini kamera digital ianya lebih baik 7-12 megapixel.kalau guna jenis yang bershutter tu...lebih cantik ..boleh zoom tupai atas pokok dan gambarnya nanti jelas.kena tahu teknik snap picture antaranya eye level shot,high angle,low angle,night photo,reflection,close up,candid,fast,pandai berposing dll

Sunday, July 5, 2009

13.html

html? ada yang tak tahu...ada yang skit tahu...ada yang tersangat tahu..sebagai blogger kita kena lah tahu sedikit asas html...html di gunakan semasa kita buat post...gunanya spt buat link..cuba klik>>>yahoo ..terdapat juga post post yang tiada perenggan.Ini menyulitkan visitor untuk membaca..bila-bila lagi berjela jela cerita kita ..untuk itu kita boleh gunakan br..letakkan <> di dalam br tu..maka jadi lah perenggan.

Kita boleh juga modify blog kita dengan melebarkan,tukar background dll...kalau ada masa tu..belajarlah html ya...

Saturday, July 4, 2009

12.update

mula-mula dapat blog..bukan main sukanya..kalau boleh tiap-tiap hari nak update..nak letak counter,letak clock,upload photo dan bermacam-macam lagi..tetapi bila dah masuk 2 dan 3 bulan...update dah berkurang dan tak tetap..seminggu sekali kemudian 2 minggu sekali..berbagai alasan di beri...tak sedap badan,laptop rosak,komputer sedang servis,tiada idea,dapat lanjutkan pelajaran dll...ada juga constant blogger..tiap-tiap hari update..kalau 3 tahun..3 tahun lah..barangkali blogging dah sebati dengannya..

Friday, July 3, 2009

11.komen

ada owner blog ,dia tidak pentingkan komen dalam blog...samada orang komen ke..tak komen ke..post dan entry tetap di teruskan sementara satu owner blog lain pula dia pentingkan orang komen dalam blog dia..dia akan berusaha mencari jalan supaya orang komen blog dia....apa komen anda antara kedua owner tersebut...

Wednesday, July 1, 2009

10.follower

semakin ramai followers dalam blog ..bermakna blog tu mulai popular dan ada daya tarikan tersendiri....benarkah begitu...dan bagaimana caranya untuk meramaikan follower..mungkin ada tips-tips untuk berkongsi bersama ya..

Monday, June 29, 2009

9.moderate

agaknya kenapa komen setengah blog di moderate kan..dan apakah kesannya....mungkin ada baik..dan buruknya...silakan siapa yang sudi beri pandangan..

Sunday, June 28, 2009

8.rugi

andaikata blogspot rugi atau kesilapan teknikal berlaku...menyebabkan blog-blog kena tutup..agaknya kemanakah kita nak pergi..mungkin ke myspace,friendster,facebook atau lain-lain atau pun kita bersara dari dunia blogging..mungkin ada sesuatu untuk anda nak tambah...silakan...

Friday, June 26, 2009

7.kenal

biasanya orang yang komen blog kita...kita kenal tapi bagaimana pula orang yang komen itu tidak kita kenali...mungkin kita rasa hairan bagaimana dia tahu blog kita kan..bagi setengah blogger ini adalah perkara biasa...sebarang ulasan dipersilakan...

Thursday, June 25, 2009

6.profile

ada blogger yang profile nya tidak lengkap...apa agak sebabnya ya..mungkin malas nak isi kot...sebarang komen silakan..

Monday, June 22, 2009

5.photo

ada yang surf internet kemudian copy dan paste photo yang menarik kemudian upload dalam blog...apa komen anda ...

Sunday, June 21, 2009

4.kutuk

sepanjang blogging barangkali kita kena kutuk samada dalam blog sendiri atau pun orang lain...agaknya kenapa ianya berlaku dan bagaimana untuk hadapinya...

Wednesday, June 17, 2009

3.niaga

apa pendapat anda tentang urusniaga di dalam blog seperti membeli dan menjual produk menggunakan blog..mungkin anda mempunyai pengalaman begitu..

Monday, June 15, 2009

2.menarik

bagaimana untuk menjadikan blog menarik..siapa boleh bagi idea..silakan..

Friday, June 12, 2009

1.blog

apa pendapat anda tentang blog