Thursday, November 26, 2009

47.pengorbanan

hidup ini perlukan pengorbanan...tanpa pengorbanan ,kejayaan pasti sukar dicapai...pengorbanan tu banyak bentuknya antaranya masa,harta,tenaga dll...sebagai contohnya kalau seseorang itu ingin berjaya dalam pelajaran dia mestilah banyak berkorban spt masa untuk studi ...jadi kalau dia tak ada masa nak studi ini akan menyukarkan dia untuk hadapi peperiksaan nanti...

pengorbanan yang besar telah berlaku pada nabi ibrahim...di mana pada satu hari dia bermimpi...dalam mimpinya tuhan menyuruh dia sembelihkan anaknya ismail...pada esok harinya dia beritahu mimpi tadi pada anaknya ismail...anaknya nabi ismail berkata pada ayahnya lakukan apa yang di perintahkan oleh tuhan....pada ketika nabi ibrahim hendak sembelih anaknya...tuhan telah menyuruh nabi ibrahim gantikan nabi ismail dengan seekor kibas

dari peristiwa itu lah umat islam di perintahkan berkorban pada hari raya adha...pengorbanan amat penting dalam kehidupan ni...semoga kita semua merasa insaf ..

Tuesday, November 17, 2009

46.tenaga kerja

ketika negara berada dalam ekonomi stabil dan dalam masa yang sama inginkan menjadi negara yang maju...ini sudah tentu memerlukan tenaga kerja yang ramai...untuk itu,tenaga kerja dari luar di bawa masuk.

ekonomi bersifat tidak menentu adakalanya berkembang dan adakalanya jatuh....apabila ekonomi jatuh, ini akan menyebabkan pembangunan yang telah dirancang akan terbantut...peluang kerja menjadi terhad dan pekerja juga turut diberhentikan.ini melibatkan pekerja asing dan pekerja tempatan.

ada juga majikan yang lebih pentingkan pekerja asing...ini sudah tentu memberi kesan buruk kepada banyak pihak dan juga pada negara...antara kesan negetifnya pembeli dari rakyat tempatan telah berkurangan kerana mereka tiada kerja...ini menyebabkan ekonomi negara akan bertambah merosot

diharapkan pihak-pihak terlibat dapat fikirkan bagaimana untuk mengatasi penggangguran di kalangan pekerja tempatan...