Saturday, October 24, 2009

44.awan

cahaya matahari yang memancar ke bumi menyebabkan bumi menjadi panas...kepanasan tadi akan naik ke atas langit dan membentuk wap-wap air...wap-wap air akan berkumpul sesama sendiri menjadi awan yang berwarna putih...pabila wap air tadi menjadi banyak ianya akan bertukar warna menjadi lebih gelap dan hitam....angin yang bertiup membantu awan menjadi lebih besar lagi dan bila tiba satu tahap di mana wap air menjadi berat ia akan jatuh ke bumi dalam bentuk titisan air atau dikenali juga sebagai hujan...

hujan turun membasahi bumi...tumbuhan dan haiwan amat memerlukan air untuk hidup...jika ketandusan air mereka akan mati...begitu juga dengan kehidupan manusia, air amat penting sekali..air dari sungai akan dialirkan ke dalam empangan dan air tadi akan diproses di dalam loji...dengan menggunakan saluran paip, air dapat dialirkan ke rumah-rumah untuk kegiatan manusia spt mandi,memasak dll....semoga kita mensyukuri nikmatNya dan jangan membazir air ya..

8 comments:

:: eyeNa :: said...

betul tu.. air kurnian tuhan.. kalau kita tak menjaganye siapa lagi kan..

hee tanpa awan mungkin kita dalam kepanasan sbb awan kadang2 mendatangkan mendung dan bisa membuat kita dingin juga.. ewah2..

mohad said...

eyena...kalau mendung selalu..pakaian di jemuran payah nak kering juga...

put3bulan said...

Awan,, Kadang2 mengundang resah di jiwa.. Menjengok keluar jendela.. Awan mula berarak dan berkumpul langit mula gelap seketika,diiringi angin yang mula menderu dan hujan mula menitis di jendela.. Membuat langkahku terhenti... Alamak hujan pulak.. macam mana aku nak keluar kerja ni.. Dah ler jalan kaki.. Payung tak ada pula...Tak keluar kerja nanti bos marah tak dapat gaji..tak ada duit, anak aku nak makan apa...

Awan , kadang-kadang aku mengharapkan ia datang juga bersama angin menderu dan hujan membasahi serata alam..Sebab..
Suami aku tak boleh keluar malam2, dan anak-anak aku juga tak perlu ku bawa main ke padang waktu petang kerana aku penat sebenarnya.. Awan yang membawa hujan satu rahmat bagiku kerana aku bisa berehat dalam ulitan kedinginan yang mendesahkan..

Hahahaha.....

mohad said...

tyra iskina...begitulah awan...memberi kita gembira dan kadang kalanya dukacita...kita kena terimalah takdirNya..

Faisal Admar said...

cantik gambar tu. awan memang cantik, rasa macam nak pegang je :)

mohad said...

faisal...kalau ada pelangi..awak akan bertambah cantik lagi..

:: eyeNa :: said...

hahaha aduss..! guna jer laa mesin basuh.. haha moden2.. haha

mohad said...

eyena..kalau mesin basuh rosak...bagaimana.